Gambar Semasa Proses Prosiding Rayuan


Kami mahasiswa yang akan menghadapi proses prosiding sedang mengadakan perbincangan. Semasa kami perlu mengadap panel jawatankuasa hukuman dahulu pun, kami sentiasa mengadakan
perbincangan sebegini.


Kami perlu memahami 100% mengenai proses ini kerana sebarang kesilapan mungkin akan menyebabkan rayuan kami tidak akan diterima. Saudara Aiman Razab tidak dapat bersama kami pada malam itu.


Bersama Ust Azlan Mat Zain, exco MPM yang digantung 1 sem dan saudara Farhan Baharin yang dikenakan denda RM100. Itupun kerana dia sudah tamat pengajian. Jika belum, mungkin dia juga akan digantung.


Kita akan bersiap-sedia dengan hujah terbaik dalam usaha memenangi semula pertuduhan kami. Buku tatatertib pelajar edisi 2007 perlu dikaji secara kesuluruhannya. Kami perlu menjadi mahasiswa yang berlandaskan fakta, bukannya sekadar hebat berkata-kata.


Bergambar bersama-sama sebelum menuju ke bilik prosiding rayuan.


Proses prosiding dimulakan dengan pada pukul 11.00 pagi walaupun dijanjikan pada pukul 9.00 pagi. 


Proses menunggu untuk memasuki bilik rayuan.