SURAT RASMI BANTAHAN LAGU MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum warga kampus sekalian,

Menarik untuk hari ini iaitu karenah pentadbiran yang sedang mengikis suasana bi'ah solehah yang telah lama menjadi amalan serta tradisi Kolej Universiti Insaniah.


Setelah sekian lama pentadbiran Insaniah berjalan dengan suasana yang baik,tiba-tiba sahaja terdengar keluhan serta komentar dari mahasiswa/wi yang prihatin mengatakan wujud suara-suara yang sumbang terdengar dari corong-corong speaker di Majlis Perkahwinan yang diadakan di Kolej Universiti Insaniah.


Secara pendapat peribadi,saya mengatakan ini adalah satu penghinaan terhormat yang dilakukan untuk mengskularismekan Kolej Universiti Insaniah.


Dengan itu,saya berusaha menyampaikan surat rasmi seperti dibawah:-


Ruj kami : (SRT/SU/MPM/INS) 10/11 (08)
Tarikh     : 13/OKTOBER 2010

Yang berbahagia,

PROF. DATO’ DR. JAMIL BIN OSMAN
Rektor,
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Melalui,

ZOLKEFLI BIN OTHMAN
Dekan,
Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Kolej Universiti Insaniah.

Pemasangan Lagu Di Majlis Perkahwinan Y.B.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)10/11 mewakili semua warga INSANIAH merasa bertangungjawab untuk  menyatakan pendirian kami keatas majlis perkahwinan yang dianjurkan di kawasan INSANIAH pada 16 Oktober 2010 (sabtu).

3. Oleh yang demikian kerana,  majlis perkahwinan tersebut  telah berlangsung dengan begitu meriah sehingga terdapat beberapa perkara yang tidak terkawal dan boleh mencalarkan imej INSANIAH selaku institusi agama :

·         Pemasangan lagu yang menganggu orang ramai untuk menunaikan solat (Asar).
·         Lagu-lagu yang dipasang tidak sesuai dengan imej institusi agama seperti lagu Hindustan dan lagu-lagu cinta yang merosakkan hati.
·         Keadaan majlis yang tidak menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

4. Justeru itu, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) ingin menyatakan pendirian bahawa, pihak  pentadbiran INSANIAH perlulah menyediakan satu garis panduan kepada mana-mana individu yang ingin menggunakan bangunan INSANIAH  berdasarkan kepada perlembagaan dan imej institusi agar dapat menjaga nama baik INSANIAH sebagai intitusi agama yang disegani.


5. Pihak kami amatlah berharap agar Dato` Rektor dapat mempertimbangkan pendirian yang telah kami utarakan. Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira.

Sekian, terima kasih.


“Bersama Menjulang Thaqafah, Menuntut Amal, Mencetus Perubahan”



Yang menjalankan tugas,



MOHD FAIZ BIN MOHD ARSHAD
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)10/11
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

s.k. : Bendahari
        HEP
        fail





Buat mahasiswa/wi sekalian..


Perkara ini dikatakan suatu kebetulan yang berlaku di hari tersebut.


Saya mahu bertanya,adakah kebetulan yang berlaku ini dibiarkan sahaja tanpa membuat satu pun persediaan untuk menghadapinya???


Bila dah tergadai,nak tutup dengan apa dah??


Akhirnya masyarakat akan mula bersuara sumbang sehingga Insaniah dikikis dengan budaya non-islamic..


Justeru,mahasiswa/wi sekalian,diharap agar bersama-sama kami untuk menyuarakan keadilan demi melihat Insaniah yang terbaik dipersada Malaysia iaitu mengamalkan amar ma;'ruf nahi munkar serta mengamalkan bi'ah solehah sentiasa...