UCAPAN MAJLIS PENUTUP MINGGU SILATURRAHIM III

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T di atas limpahan rahmat serta kasih sayang-Nya, masih lagi memberikan kita ruang serta peluang untuk kita sama-sama menghirup udara-Nya yang segar serta memberikan kita nikmat untuk sama-sama meneruskan lagi pencarian ilmu Allah yang maha luas di sini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat serta pejuang-pejuang Islam yang mengikuti sunnah perjuangan baginda.

Selamat datang dan tahniah saya ucapankan kepada pelajar-pelajar baru fasa kemasukan ke-3 bagi sesi 2010/2011 yang telah terpilih sebagai warga Kolej Universiti INSANIAH. Sebuah bumi barakah yang terdapat di dalamnya nikmat-nikmat yang tidak ada di bumi universiti yang lain.
Menerusi ucapan saya ini, sukalah saya menyentuh beberapa perkara berkaitan mahasiswa dan kampus kita, sebagai satu bentuk perkongsian serta harapan kepada warga baru INSANIAH untuk kita sama-sama meneruskan sesi pengajian disini.

Visi dan misi yang telah digariskan oleh pentadbiran INSANIAH perlulah di difahami semua. Hal ini kerana setiap program yang ditawarkan disini bermatlamatkan melahirkan “INSAN” yang sebenar. Dimana INSAN itu melambangkan manusia yang menyerah diri secara mutlak kepada Allah S.W.T dengan menggabungkan ilmu professional, agama dan Al-Quran sebagai “produk” keluaran yang bermutu tinggi kepada masyarakat. Ini sebagai salah satu usaha untuk melahirkan seorang Ulama’ Profesional dimana bukan hanya cemerlang dalam ilmu agamanya tetapi cemerlang dalam ilmu professional. Inilah keluaran produk-produk yang di bawa oleh Insaniah. Seperti kata Abraham Lincoln : Jangan Tanya apa yang dibuat oleh Negara untukmu, tetapi tanyalah dan berfikirlah apa yang boleh kamu buat untuk Negara. Justeru, penghasilan produk-produk ini diharapkan dapat membawa satu arus perubahan dunia islam sebenar. Mahasiswa bakal menerajui kepimpinan negara bukanlah suatu istilah yang asing yang dislogankan buat mahasiswa. Mahasiswa kini dilabel sebagai golongan intelek yang perlu menggalas tanggungjawab membina, membangunkan, memimpin dan mewarnai masyarakat, ekonomi negara dengan corak -corak keintelektual.



Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2010/2011 juga turut bersama-sama mendokong visi dan misi yang sama dengan harapan setiap warga kampus ini dapat menjadi cerminan kepada generasi akan datang. Terjemahan matlamat pembawaan INSANIAH melalui program-program yang bakal dianjurkan khas buat santapan warga kampus diharap dimanfaatkan sebaiknya oleh setiap warga. Dengan dasar yang di bawa oleh MPM kali ini, melalui biah solehah, akedamik, kebajikan dan berketrampilan yang menjadi aset penggerak bagi mengemudi mahasiswa kampus juga diharap dapat membantu kearah pembentukkan sakhsiah yang tinggi. Kita harus membuktikan, Mahasiswa Islam juga tidak ketinggalan dalam menerajui arus kepimpinan ini. Kita sepatutnya diberi lebih ruang untuk mengemukakan idea dan mempertahankan agama di atas prinsip-prinsip Islam yang suci.


Justeru, saya selaku presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti INSANIAH, menyeru semua mahasiswa agar selalu menyokong dan mendokong visi dan misi yang dibawa oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa. Kerjasama yang utuh ini penting bagi melahirkan suara-suara mahasiswa dalam memperjuangkan hak-hak mahasiswa serta berusaha menjadi mahasiswa terunggul dalam pelbagai aspek terutamanya akademik dan sakhsiahnya.

Apa yang pasti, Insaniah bukan sebuah universiti yang menjadi pilihan terakhir mahasiswa mendapatkan ilmu tetapi sebuah universiti pertama yang harus menjadi pilihan dan tempat di hati mahasiswa. Jika anda menilai Insaniah dari segi zahir berupa prasana kelengkapan yang baik, anda tidak akan menemui mutiara-mutiara berharga tetapi seandainya anda menilai Insaniah dari segi lahiriyahnya dengan kualiti ilmunya anda akan memperolehi banyak mutiara-mutiara yang tidak ternilai harganya.
Akhir kalam, “setiap langkah kita adalah pelajaran, setiap pelajaran merupakan satu langkah menuju kejayaan”. Jadi jangan jadikan langkah anda ke sini adalah langkah yang sia-sia, tetapi jadikan ia langkah yang dapat membawa perubahan generasi di masa hadapan dengan berbekalkan ilmu islam di tangan anda. Buat yang terakhir, hayati beberapa isi tersirat di sebalik kata-kata ini.
Berkata Saidina Umar kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!".

Daripada Albert Einstein: Agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.

Sekian Terima Kasih..