Gambar Semasa Proses Prosiding Rayuan


Kami mahasiswa yang akan menghadapi proses prosiding sedang mengadakan perbincangan. Semasa kami perlu mengadap panel jawatankuasa hukuman dahulu pun, kami sentiasa mengadakan

PENTADBIRAN KUIN PERLU LEBIH TERBUKA DAN PROFESIONAL



Pada 15 Mei 2011 yang lalu, 6 mahasiswa  yang dikenakan pelbagai tuduhan berhubung demonstrasi tahfiz  telah menerima surat arahan untuk hadir ke prosiding perbicaraan tatatertib yang diadakan pada 25 Mei 2011 (Rabu), jam 9.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Kulliyyah Teknologi Maklumat. Setelah perbicaraan dijalankan, 6 OKT tersebut telah dijatuhkan hukuman gantung pengajian serta-merta dan denda oleh pihak jawatankuasa tatatertib. Mahasiswa berkenaan adalah:

1. Mohd Faiz bin Mohd Arshad digantung pengajian 2 semester
2. Mohd Azlan bin Md Zain digantung pengajian 1 semester
3. Mohd Aiman bin Che Razab digantung pengajian 1 semester
4. Ahmad Remi bin Mohd Arof digantung pengajian 1 semester
5. Zukhilatif bin Marzuki digantung pengajian 1 semester
6. Mohd Farhan bin Mohamad Baharin  didenda RM 100

KUIN: Pakatan sama saja dengan BN

POST DARI MALAYSIAKINI

Prof Abdul Aziz Bari
Mei 29, 11
9:24am

Kongsi 215
Saya mendapat perspektif yang berbeza tentang kes enam pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang diambil tindakan selepas bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin.

Saya tidak tahu kes ini secara terperinci. Apa yang dilaporkan ialah para pelajar itu digantung pengajian dan didenda kerana berdemonstrasi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut soal-soal teknikal seperti Institusi Pengajian Tinggi ada peraturan dan sebagainya. Ini soal teknikal, soal kecil. Ada gambar besar yang perlu diambilkira; yakni hasrat Pakatan Rakyat yang hendak memperkasa dan membebaskan rakyat.

KUIN: Beginikah cara layan anak muda?


POST DARI MALAYSIAKINI.
Mohd Taufiq Abdul
Mei 27, 11
1:15pm

Kongsi 95
Sejak pilihan raya umum ke-12 lalu, saya tertanya-tanya apakah pendirian Pakatan Rakyat mengenai anak muda. Adakah benar mereka ikhlas mahu memperjuangkan isu anak muda ataupun ia sekadar retorik politik semata-mata.

Akhirnya, pada 25 Mei lalu, saya telah mendapat jawapan tersebut. Ternyata baik BN mahupun Pakatan Rakyat, keduanya 'tidak mesra' dengan anak muda khususnya golongan mahasiswa.

Pada tarikh ini, golongan mahasiswa di KUIN telah dikenakan satu tindakan yang saya kira sangat tidak wajar.

BILA ALLAH MENDUGA KITA….

Pernahkah anda menghadapi masalah dalam hidup? Sudah tentu pernah bukan? Tiada seorang pun yang terkecuali dari menghadapi masalah dalam hidupnya. Allah s.w.t sering kali menguji hambanya dengan pelbagai ujian samaada ringan ataupun berat, ia tetap dinamakan ujian. Jangan kita ingat ujian daripada Allah s.w.t hanya ketika susah, boleh jadi ujian juga hadir dalam bentuk kesenangan. Kesenangan juga merupakan ujian.

Kadangkala ujian yang datang kepada kita begitu memeranjatkan seperti gempa bumi & ribut taufan. Ujian tersebut memberi pukulan yang hebat kepada kita & membuatkan kedudukan kita menjadi goyah. Kadang kadang kita mengeluh… Ya Allah… mengapa ujian yang sebegini berat kau timpakan kepadaku?????? Apakah puncanya?????? Apa salahku padamu ya Allah????? Aku malu pada manusia lain dengan ujian yang kau timpakan kepadaku ya Allah…. Aku tidak mahu hidup lagi Ya Allah….. INGAT rakan rakan, rupanya keluhan yang sentiasa ditipkan di bibir kita bertepatan dengan FIRMAN ALLAH S.W.T

إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا

“ sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah & apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut”.(al-Ma’arij: 19-21)

Menjawab Isu INSANIAH...

buat makluman sahabat-sahabat seperjuangan di KUIN.. Isu-isu semasa yang telah dibangkitkan didalam program Himpunan Mega Mahasiswa tempoh hari, sedikit sebanyak telah berjaya diselesaikan diperingkat pentadbiran dan ada juga beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan segera.  kami barisan MPM cukup memahami akan beban tugas dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti INSANIAH yang memerlukan ruang waktu dan masa bagi memenuhi keperluan dan kehendak Mahasiswa sama ada di Kampus atau di Kolej Kediaman. Tetapi, di peringkat MPM kita cukup memerlukan usahasama daripada peringkat Mahasiswa dan pentadbiran untuk sama-sama memajukan Institusi Pendidikan bertaraf tinggi ini. Kita sebagai perwakilan pelajar sekali lagi menyatakan pendirian bahawa, kita tidak mahu Mahasiswa dipergula-gulakan dengan janji-janji kosong yang diada-adakan bagi menyenangkan hati pelajar. Oleh itu, kita diperingkat perwakilan pelajar tidak akan teragak-agak untuk mendepani dan berhadapan dengan mana-mana pihak yang bercanggah dengan agenda kita sebagai Mahasiswa.

Antara isu yang telah menampakkan kemajuan adalah:

Professor Doktor Yusuf Qardhawi


sarjana pemikir tersohor mengenai belia, "Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan,lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yangakan berlaku."

Perutusan Maulidur Rasul 1432H

Alhamdulillah, syukur kehadratNya yang telah memberikan kita keizinan untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awal tahun ini.
                
Sebagaimana yang kita maklum, Rabiul Awal merupakan bulan di mana umat Islam khususnya di Malaysia menyambut hari kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w.   Pada tahun ini, 12 Rabiul Awal disambut pada tanggal 15 februari, sehari selepas 14 februari 2011 iaitu hari memperingati kekasih atau nama lainnya “Valentime’s Day”.
                
Suka untuk saya bawakan satu kalam yang jelas berkenaan “maulidur rasul vs Valentime’s day” yang menjadi bahan hangat di blog-blog remaja kita hari ini, iaitu ; Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut" (Riwayat Tirmidzi).

Di sini sukalah saya mengingatkan diri saya dan masyarakat siswa sekalian, bahawa dunia ini milik Allah S.W.T. setinggi manapun pangkat yang kita miliki. Kita hanyalah penumpang di bumi Allah s.w.t.