SELAMAT DATANG PELAJAR BARU KEMASUKAN KE-3

Assalamualaikum dan Salam hormat saya tujukan kepada semua mahasiswa/wi baru yang mendaftar ke Kolej Universiti Insaniah pada 20 Disember 2010.

Alhamdulillah,perjalanan yang begitu baik dengan kerjasama pentadbiran Insaniah dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa.


Dikhabarkan yang mendaftar seramai 385 orang dan ini merupakan peratusan yang sederhana berbanding jumlah yang mendaftar pada sesi kemasukan ke-3 bulan Disember tahun 2009.


Terima Kasih saya ucapkan pada semua mahasiswa/wi baru yang mendaftar kerana memilih Kolej Universiti Insaniah sebagai destinasi hala tuju untuk mendapat keredhaan dan mutiara hikmah di bumi barakah.


Saya Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa 2010/2011 mengucapkan ahlan wa sahlan dan Selamat Datang pada semua dan harapan saya agar semua dapat secangkir hikmah yang baik di sini dan dapat dikongsi dengan masyarakat diluar sana.

Sekian,

Assalamualaikum...