UCAPAN ALUAN PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA 2010/2011 KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH


Alhamdulillah,saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Skretariat saya terutama kepada saudara Syamsul Amri Bin Mohd Taharim yang memegang portfoilio Biro Media & Multimedia dalam bertungkus lumus menyiapkan blog ini sehingga selesai walaupun sibuk berdepan dengan semester baru.

Saudara/ri yang dihormati sekalian,

Blog ini diwujudkan untuk mengetahui isu-isu semasa kampus dan juga kehidupan saya selama saya memegang jawatan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN tahun 2010/2011 ini.



Bertepatan dengan ini,saya menjemput semua untuk kita sama-sama ikuti perkembangan kampus dan isu-isu semasa yang berlaku dalam blog ini dan saya harap agar blog ini dapat dimanfaat dengan sebaiknya melalui perbincangan dan perkongsian idea yang bernas demi memartabatkan kebajikan mahasiswa/wi KUIN di persada pentadbiran kampus.

Oleh itu,saya berharap agar permasalahan kebajikan dan karenah birokrasi yang berlaku di kampus dapat disalurkan ke dalam blog ini agar sama-sama kita selesaikan dan jika perkara tersebut permasalahan yang besar,insyaAllah saya akan bawa permasalahan tersebut untuk dibincangkan di peringkat perbincangan antara MPM dan pentadbiran kampus.

Akhir sekali,saya mengucapkan Ahlan Wa Sahlan / Selamat Datang kepada semua.Semoga kita semua beroleh natijah yang baik melalui blog ini..