PERUNTUKAN KEWANGAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA 10/11

Salam Ceria buat semua mahasiswa/wi yang saya hormati sekalian...


Alhamdulillah,hari ini dimulakan dengan sebuah kehidupan yang terasanya sebuah perjuangan yang semakin hari semakin mencabar.


Hari ini,permulaan gerak kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa 2010/2011 dengan mengadakan perbincangan bagi mengira peruntukan yang diperlukan oleh pihak pentadbiran HEP.


Alhamdulillah, surat permohonan peruntukan tersebut adalah seperti dibawah :-




Ruj       : (SRT/SU/MPM/INS) 10/11 (02)
Tarikh  : 11/OKTOBER/2010

Tuan Haji Abdul Latif Bin Din (AMK, BCK)
Bendahari,
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

Melalui,

ZOLKEFLI BIN OTHMAN
Dekan,
Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Kolej Universiti Insaniah.

Memohon Peruntukan Kewangan Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2010/2011

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, majlis perwakilan mahasiswa (MPM) sesi 2010/2011 memohon peruntukan kewangan daripada jabatan bendahari bagi melicinkan pergerakkan majlis perwakilan mahasiswa bermula (11Oktober2010 sehingga 31Disember2010) sebanyak      RM 25300.00  

3. Bersama ini, dilampirkan senarai pendek program-program yang akan dijalankan mengikut perancangan yang telah disediakan.

4. Justeru itu, pihak kami amatlah berharap agar tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini untuk diluluskan. Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira.

Sekian, terima kasih.


“Bersama Menjulang Thaqafah, Menuntut Amal, Mencetus Perubahan”


Yang menjalankan tugas,



MOHD FAIZ BIN MOHD ARSHAD
Presiden,
Majlis perwakilan mahasiswa (MPM)10/11
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)


Alhamdulillah,peruntukan berjaya diperolehi dan ini adalah peruntukan yang terbaik untuk Majlis Perwakilan Mahasiswa melaksanakan program untuk pengisian kerohanian semua mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah.


Justeru,saya menyeru pada semua mahasiswa/wi untuk melibatkan diri dengan proaktif dalam semua program-program Majlis Perwakilan Mahasiswa yang akan diadakan nanti..


Akhir kalam,semoga kita semua diberi rahmat oleh Allah taala dalam berjuang di jalan Allah..


Sekian, Terima Kasih.