OPERASI GERAK GEMPUR ( OGG ) MALAM TAHUN BARU 2011

Salam Dakwah pada semua mahasiswa/wi yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah,selesai juga satu rencana yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi ini dalam membasmi kemaksiatan malam tahun baru dengan pelaksanaan Operasi Gerak Gempur yang diadakan pada malam 31 Disember 2010.


Rencana ini telah diletakkan di bawah Skuad Amru yang dikhaskan untuk merealisasikan program bersama-sama mahasiswa/wi yang hadir pada malam 31 Disember 2010 tersebut.


Permulaanya,dikumpulkan semua mahasiswa/wi yang hadir untuk taklimat pengoperasian yang diketuai oleh saudara Azlan selaku Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa.


Kemudian,di pecahkan 2 kumpulan.1 kumpulan beroperasi di sekitar menara dan dataran Alor Setar dan 1 kumpulan lagi beroperasi di sekitar Kompleks CT Plaza Alor Setar.


Alhamdulillah,perancangan yang telah direncanakan dapat diselesaikan bertepatan jam 12.15 pagi.


Kesimpulan secara peribadi saya,masih banyak lagi masyarakat yang tidak prihatin dengan bahayanya gejala sosial dengan tidak mengendahkan risalah-risalah kebenaran nasihat yang telah diedarkan malam itu.


Akhir kata,hidayah itu dari Allah taala..Sesungguhnya kita sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencegah perkara-perkara yang disuka oleh syaitan.

Semoga masyarakat yang menerima risalah pada malam itu,mendapat hidaya dariNya..

Ameen...