HIMPUNAN MAHASISWA 1.1.11

Salam Deklarasi semua...

Saya ucapkan tahniah dan syabas pada Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa dan para mahasiswa/wi yang telah berlepas ke Selangor sebaik sahaja selesai OGG pada malam 31 Disember 2010 untuk menghadiri Himpunan Mahasiswa 1.1.2011 bertempat di Dataran Petaling Jaya Selangor.


Antara pengisian yang direncanakan adalah mewarnai kain rentang " Mahasiswa Untuk Malaysiam "..


Kemudian diadakan sesi pidato dari pimpinan-pimpinan aktivis mahasiswa seperti pimpinan dari GAMIS,GAMIM,SMM dan sebagainya.Dalam pidato tersebut disentuh tentang kecurangan pentadbiran Malaysia dalam memenuhi hak mahasiswa Malaysia dan juga isu-isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang.

Antara isu-isunya:-

- Pemansuhan Akta Universiti Kolej Universiti ( AUKU )
- Pemansuhan PTPTN dibayar balik

Kemudian,diadakan penyampaian anugerah ikon pimpinan yang terbaik mahasiswa Malaysia yang mana telah diberikan pada saudara Shazni Munir selaku Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia.


Alhamdulillah,banyak penerangan tentang isu-isu semasa dibentangkan dalam himpunan tersebut dan kita adalah mahasiswa peduli akan perkara-perkara yang songsang dengan aturan hak mahasiswa.

Saya mahasiswa peduli...Anda bagaiamana???