PERMOHONAN PENGURANGAN YURAN

Salam Perjuangan pada semua mahasiswa/wi sekalian..


Pada kali ini,menampakkan satu masalah bakal timbul berikutan yuran pengajian yang tidak dapat dilunaskan bakal menutup rezeki mahasiswa/wi untuk berdepan dengan peperiksaan akhir semester.

Alhamdulillah,sekali lagi dengan rahmat dari Allah taala,saya telah memohon penagguhan yuran pengajian bagi mahasiswa/wi yang kesempitan wang untuk membolehkan mereka ini menduduki peperiksaan akhir semester.

Tetapi,malangnya usul yang telah saya bawakan ditolak bulat-bulat oleh pihak Bendahari atas alasan kewangan Insaniah yang mempunyai audit.

Justeru,Inisiatif kebajikan yang realistik,saya memohon agar yuran pengajian bagi mereka yang kesempitan wang dilonggarkan atau dibayar secara ansuran.

Antara isi surat permohonan adalah seperti berikut:-


Ruj         : SRT/SU/MPM/INS/ 10/11 (06)
Tarikh    : 15/OKTOBER 2010

Yang berbahagia

HAJI ABD. LATIF B. DIN
Bendahari,
Kolej Universiti Insaniah

Melalui,

ZOLKEFLI BIN OTHMAN
Dekan,
Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Kolej Universiti Insaniah.

Memohon Kelonggaran Bayaran Yuran Pengajian

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) 10/11 memohon jasa baik tuan agar memberi kelonggaran penangguhan bayaran yuran pengajian bagi mahasiswa/si yang akan mendapat tajaan PTPTN pada bulan November 2010 yang akan datang dan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir semester ini.

3. Justeru itu, pihak kami amatlah berharap agar tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini untuk diluluskan. Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira.

Sekian, terima kasih.

“Bersama Menjulang Thaqafah, Menuntut Amal, Mencetus Perubahan”

Yang menjalankan tugas,



MOHD FAIZ BIN MOHD ARSHAD
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)10/11
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

S.k. HEP
        fail




Alhamdulillah dengan keizinan dari Allah,permohonan saya ini diterima.


Justeru,saya harap pada semua mahasiswa/wi agar bersedia sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan akhir semester ini...Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah taala...