Menjawab Isu INSANIAH...

buat makluman sahabat-sahabat seperjuangan di KUIN.. Isu-isu semasa yang telah dibangkitkan didalam program Himpunan Mega Mahasiswa tempoh hari, sedikit sebanyak telah berjaya diselesaikan diperingkat pentadbiran dan ada juga beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan segera.  kami barisan MPM cukup memahami akan beban tugas dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti INSANIAH yang memerlukan ruang waktu dan masa bagi memenuhi keperluan dan kehendak Mahasiswa sama ada di Kampus atau di Kolej Kediaman. Tetapi, di peringkat MPM kita cukup memerlukan usahasama daripada peringkat Mahasiswa dan pentadbiran untuk sama-sama memajukan Institusi Pendidikan bertaraf tinggi ini. Kita sebagai perwakilan pelajar sekali lagi menyatakan pendirian bahawa, kita tidak mahu Mahasiswa dipergula-gulakan dengan janji-janji kosong yang diada-adakan bagi menyenangkan hati pelajar. Oleh itu, kita diperingkat perwakilan pelajar tidak akan teragak-agak untuk mendepani dan berhadapan dengan mana-mana pihak yang bercanggah dengan agenda kita sebagai Mahasiswa.

Antara isu yang telah menampakkan kemajuan adalah:
  • Masalah WIFI di Kampus dan di Kolej Kediaman.
  • Masalah penyidai di Asrama.
  • Kertas Kerja pelajar mudah diluluskan .
  • Layanan staff yang semakin baik.

ISU BAS
Untuk makluman warga kampus, pengangkutan bas Insaniah baru sahaja disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disebabkan bas Insaniah membawa lebih muatan atau lebih penumpang. Oleh itu, pengangkutan bas Insaniah akan memastikan bahawa penumpang atau pelajar tidak akan lebih daripada 40 orang bagi setiap pergerakan bas untuk mengelakkan disaman lagi, sehubungan dengan itu juga pihak pentadbiran Insaniah akan cuba untuk menyediakan bas tambahan secepat mungkin bagi mengelakkan masalah-masalah pelajar.

ISU PTPTN
Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian bahawa wang pinjaman PTPTN akan dimasuk ke dalam akaun pelajar pada pertengahan atau akhir bulan 3. Hal ini kerana, keputusan peperiksaan kedua (darus thani) belum lagi dapat dikeluarkan. Oleh itu, pihak PTPTN akan menunggu kesemua keputusan yang akan dikeluarkan oleh pihak kampus dan kemudian pihak PTPTN akan memulakan proses kemasukan duit pinjaman ke dalam akaun kampus. Kemudian pihak bendahari KUIN akan mengasingkan duit yuran pelajar dengan lebihan duit daripada yuran pelajar untuk dimasukkan ke dalam akaun pelajar.

TEKANAN MAHASISWA TAHFIDZ DI AR-RAZI
“ape ni sekolah bestari muslim???” itu lah sedikit rungutan pelajar Tahfidz yang memandang berat akan sekolah bestari di Ar-Razi. Antara isu yang dibangkitkan adalah:
  • Pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
  • Laluan pelajar lelaki dan perempuan tidak terurus.
yang menambah risaukan lagi iaitu apabila jawatankuasa masjid telah mengadakan perbincangan terhadap masalah-masalah pelajar sekolah bestari yang tidak menunaikan solat serta pihak masjid juga mengadukan masalah ini kepada pelajar-pelajar Tahfidz Ar-Razi untuk membawa masalah ini ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, MPM akan melakukan tindakan selanjutnya berkenaan dengan perlaksanaan sekolah bestari agar lebih baik dan sempurna sejajar dengan pembinaan minda muslim.

ISU-ISU BERBANGKIT
Antara yang masih menjadi tuntutan Mahasiswa adalah: 
  • Water cooler di kolej kediaman dan di kampus.
  • Meja dan Kerusi yang masih tidak mencukupi di kolej kediaman dan di kelas.
  • Ketiadaan pondok pengawal di Faraby.
  • Pemadam api tidak ada di kolej kediaman.
  • Kelengkapan dan penglabelan tandas masih tidak terurus.
kami barisan MPM sedaya yang termampu akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada antum sahabat di KUIN. Sepertimana, keadaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, begitu jugalah dengan kami disini, sejak bertahun MPM kuin berdiri di INSANIAH, dan dengan detik itulah isu kebajikan mahasiswa tidak pernah kering dari bualan.. 

mari bersama kita merenung kembali, bukan semua masalah yang ada disekitar kita boleh diselesaikan dalam jangka masa yang singkat, ini bukan jawapan "pelepas diri" dari barisan MPM kali ini, tetapi itulah hakikatnya... kata-kata yang tersebar di laman maya "facebook"  yang mengataan "mpm buat kerja sekerat jalan" amatlah dikesalkan... 

walau apapun, kami terima teguran ini seadanya, harapan kami, agar masalah seperti ini tidak berulang lagi, jika ada sebarang kemusykilan, jemput-jemputlah ke pejabat MPM... sebarang penyelesaian masalah akan datang, kami akan sebarkan dari semasa ke semasa....  


wallahua'lam.